Happy Bornday to me,

Alhamdulillah, syukur Allah masih beri nikmat untuk hidup dengan baik sampai saat ini. Rasa sebak jika di ingat masa lalu, yang penuh dengan dosa, yang lupa pada pencipta sekalian alam. Tapi alhamdulillah, Allah izin diri ini untuk dekat dengan NYA. Walaupun aku tahu, banyak yang belum sempurna. Banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Moga-moga Allah kuatkan hati ini untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.  Semoga juga orang sekeliling tidak pandang enteng dengan perubahan secara perlahan ini. Tapi sebenarnya aku tidak pernah kisah dengan pandangan orang sekeliling. Yang sangat berat adalah pada pandangan Allah kepada kita.

Setelah 24 tahun aku bernafas, aku bersyukur kerana belum pernah melalui hidup sukar. Alhamdulillah, mungkin atas doa kedua ibu bapa juga yang selalu mendoakkan anak mereka sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira.

Teringat saya pada arwah Shafiq, teman kepada roomate saya dahulu, ''masa tu roomate saya plan untuk buat kejutan sempena hari lahir saya. Mereka buat kejutan di cafe umskal. Arwah Syafiq dengan temanya kebetulan lalu di cafe, lalu kami menjemput mereka sekali untuk meraikan bersama, dan arwah memberi ucapan yang mana pada saya amat tersentuh dan paling saya ingati ucapanya iaitu "Selamat hari lahir, semakin bertambah umur, makin dekat kita pada kematian" katanya.. masa tu saya rasa semua org tertumpu padanya kerana bait-bait ucapanya lain daripada yang lain. Terima kasih Arwah Syafiq, kerana mengingatkan saya pada kematian yang bila-bila masa sahaja akan menjemput semua manusia yang ada di bumi ini. Deep betul :')

Bapa mama dan keluarga yg disayangi. Terimakasih kerana melahirkan saya. Terima kasih kerana melayan karenah saya sepanjang hidup bersama. Hanya mereka satu-satunya keluarga yang saya ada. Kepada rakan rakan, saudara mara, cikgu cikgu pensyarah-pensyarah yang pernah mendidik saya sebelum ini. Maafkan salah silap dan perbuatan yang menyakitkan hati kalian. Andai kata hidup ini tidak lama, ampun kan saya zahir dan batin.

Terima kasih semua ;")

#Ulangtahunkelahiran #09Disember


Hari Penganugerahan

First of all, Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Illahi kerana DIA lah yang telah menetapkan segala-galanya perjalanan hidupku sehingga ke hari ini. Pada 23 November 2014 bersamaan hari ahad yang lalu, aku dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain telah diraikan @ dianuhgerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian (Teknologi Multimedia) oleh Universiti Malaysia Sabah, bertempat di Dewan yang gah berdiri iaitu Dewan Canselor UMS Kota Kinabalu.

Ditemani kedua ibu bapaku. Dengan penuh kegembiraan yang terpancar diwajah mereka. Aku harap ini adalah perkara yang boleh membalas 1 daripada 100 jasa yang mereka telah curahkan selama ini. Untuk bapa dan mama, terima kasih yang tak terhingga atas kesemuanyaaa. Halalkan segala makan minum, belanja, tunjuk ajar, yang terambil, yang tersakiti dan segala-galanya.

Kepada adik-beradik dan juga ipar duai, Abang Ali, Abang Hamzan, Abang Zaidin, Anis, Kak Siti, Kak Anisa dan anak buah Ameer & Ameera. Terima kasih kerana selalu berada disisi sepanjang menyelesaikan tugas aku sepanjang menjadi seorang pelajar. Million thanks to all my lecturers and friends, tanpa anda siapalah saya. Tidak terhitung jasa-jasa anda sekalian. Semoga sentiasa dirahmati oleh ALLAH. Akhirulkalam, doakan saya untuk dapat rezeki pekerjaan selepas ini. Permulaan hidup baru bermula. 

Sekian. 



Hitungan Ku

Assalamualaikum ^^,

Tolonglah jangan tengok tarikh post harini dengan post yang sebelum ni. Macam orang baru mati hidup semula. hahaha. Tiba-tiba harini semangat maw Hapdets Belogs. Padahal asaimen betimbun dengan jayanya tanpa disentuh. Inilah kejadianya kalau sudah last semester, dia punya angin ahmar lain macemmm. Malas dia lagi banyak dari rajin. Patutnyaa last semester ni lah yang kena jadi gagah, segagah abang angkat berat :') 

Kalau tambah tolak darab bahagi, ada lagi sebulan lebih untuk hidup dibumi UMSKAL nih. Yahhhh, sebulan lebih lagi. Macam ku tidak percaya!. Macam baru semalam register masuk sini *cliche betul ayat begini kan*
                                                                   .......................
Tapi hakikatnya, begitulah. Bak kata pepatah biar melayu hilang dibumi Setiap pertemuan ada perpisahan. Ohhh Shahduuuu nyaa ayat :') 

Almost TIGA TAHUN hidup suka duka dengan kawan-kawan disini, banyak manis dari pahit. Kadang-kadang cakap dimulut "Cepatlah habis, cepatlah berambus dari sini" . Tapi Sebenarnya susah hati maw berpisah dengan kawan-kawan. Dear kawan-kawan saya, maw cakap nih.. Jaga diri, jangan lupa saya kalau suda keluar dari sini. Paling penting, KALAU KAWIN JANGAN LUPA JEMPUT. 

Bah okeyLah. FYP ku sedang melambai-lambai tanganya kearah ku. Till we meet again. Daaa daaa ^__^

Nukilanku,

2013 meninggalkan kita.

Dunia berpusing laju bagaikan roda. Dan aku sudah berada di tahun 2014. Begitu cepat masa berlalu. Masa di habiskan begitu sahaja, tanpa berubah sedikit pun untuk Pencipta. Kenapa begini wahai diri? , kenapa lalai dengan dunia?.

Banyak cerita di tahun 2013, akan ku simpan sebagai kenangan. Doaku di tahun ini untuk menjadi yang lebih baik, lebih cenderung untuk melakukan kebaikan di jalan Mu ya ALLAH. Cintakan Mu terlebih dahulu daripada mencintai yang lain. Insyallah. Doakan! :)

Yang kerdil lagi hina,
[Siti Khairun Nadhrah, 2014]

Coretan Untuk Semua

Hidup kadangkala suka, 
kadangkala duka. 
Banyak suka kadang bawa binasa.

Jangan kita lupa dunia ini milik siapa, 
ajal maut bila-bila menyapa.

Kita siapa hendak menafi cerita, 
hamba kerdil lagi hina, 
lebih dosa berbanding pahala.

Ingat-ingat hidup ini sementara, 
esok lusa sudah tiada upaya, 
Bila lagi ingin tunduk pada Agama?, 
kalau bukan sekarang nanti tiada Guna! . 

[Siti Khairun Nadhrah , 2014]

up