Perubahan itu penting ,

Perkongsian cerita hidup ini bukan untuk di hebah-hebahkan. Sekadar berkongsi kepada anda, yang mana.. andai baik, ambilah. Mana yang buruk, sila abaikan. Andai ada yang meluat baca, minta maaf. Setiap orang ada jalan cerita masing-masingkan. Ada yang hidup bahagia selamanya, Ada yang hidup luka lagi banyak dari bahagia. Ada yang hidup, luka sampai habis nafasnya. 

Alhamdulillah, syukur nikmat ALLAH bagi. Dari kecil aku hidup, sedang-sedang saja. Aku bukan orang senang, bukan juga orang susah. Tapi aku ada keluarga yang sangat memahami. Especially my mom and my dad. 

Walaupun dulu, akulah anak yang paling kuat memberontak. Dimarah, melawan. Ditegur, merajuk. Disuruh, merungut. Apa lagi? , semuaa aku buat. Bak kata org, ada anak perempuan pun bikin pening kehidupan. Hihik.

Itu dulu... Hebatnya Allah kan. Dia bagi aku rasa macam mana hidup X dengar cakap, mama bapa. Memberontak sana sini. Sekejap taubat, sekejap buat balik perangai. Menangis kenang dosa, lepastu buat balik. Kadang pandai menyalahkan orang lain, menyalahkan takdir. Nauzubillah.. 

Aku x cakap yang aku berubah seratus percent sekarang. Masih dalam proses untuk memperbaiki diri. Aku lagi senang dengan cara pelan-pelan. Bak kata ustaz Azhar Idrus "slow-slow". Takut kalau drastik, nanti tergelincir balik. Itu yang susah. 

Pakai stokin, pakai tudung tutup dada, pakai baju yang loose, rajin-rajin pakai skirt *sedang mengurangkan pemakaian jeans* jeans ketat? Harom k. And Do it step by step. Dan kau X kan rasa janggal. Malah lebih selesa :) 

Paling penting, jaga solat. Walaupun kadang aku liat. Cepat-cepat fikir nanti balasan dikubur sangat pedih. Pasal apa? , pasal perkara pertama di soal dalam kubur ialah pasal solat. Buruk amalan solat kau, sempit la kubur kau. Baik amalan solat kau. Insyallah, bercahayalah kubur kau. 

Sebagai Tambahan, Rajin-rajin tengok channel Tv yang berunsurkan ilmu agama. Yalah, sudalah X pegi majlis agama. Tgk tv ceramah pun malas. Atleast! Tengok sikit. Lagi banyak lagi bagus. Pasal ada juga benda yang ko boleh belajar. 

Dari kau nda pandai maw ucap bismillah masa buka lampu, tengok cermin,  sebelum masak, start kereta, ko boleh jadi pandai dan jadikan habit baca bismillah di mana-mana anda berada giteww. Pasal apa? Pasal kau ada dengar ustaz di tv cakap begitu. Jadi kau praktikan. Mesti Allah suka :) 

Kalau rasa ada sifat riak dalam diri kau, kerana perubahan kau? Cepat-cepat istighfar. Pasal syaitoon gembira melakukan perkara tersebut, yakni menghasut!

Aku juga dalam proses menjarakkan diri dengan lelaki yang bukan muhrim. Jangan jumpa berdua-duaan. Kalau boleh bawa kawan, bawa macik atau adik. So that, tidak ada apa2 yg buruk berlaku. Fahamlah sifat syaitoon yg suka menghasut. Nauzubillah, semoga dijauhkan. Dan alhamdulillah, Allah bagi aku kekuatan untuk perkara ini :) Semoga kita terus kuat, walaupun sebenarnya X kuat. Dan jangan lupa doa, kalau ada suda idaman dihati untuk jadi jodoh kau. Jangan lupa juga, minta palingkan hati-hati kita secepat mungkin kalau itu bukan jodoh kita. Takut-takut yang kita idamkan bukan jodoh kita sebenar. Terimalah dengan hati yang terbuka. ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk kita, INSYALLAH.

Last but not least, jagalah perasaan bapa dan mama. Perkara yang satu ini pun aku rasa aku banyak ambil endah. Tapi cuba.. cuba untuk tidak terasa hati dengan dorang. Kalau pun kau marah, jangan tunjuk, kau ingat balik dari kecil kau kasi susah dorang jaga kau, mau itu ini pun dorang sanggup bagi. Padahal benda tu susah untuk dorang dapat. Jangan merungut , dorang X pernah merungut utk jaga kita sampai besar. Tolong apa yg dorg suruh. Jangan melawan. Dengar cakap.

Hmmmm. Yaaaa.. semua tu aku maw cuba sekarang. Pasal dulu aku nda pernah maw ambil peduli :') . Nda taw berapa banyak dosa suda aku kumpul. So,  Marilah kita sama-sama memperbaiki diri selagi belum terlambat.

Semoga kita terus istiqomah dan Allah redha.
Copy & Paste tulisan orang ini. Terima kasih.

X sangka boleh menaip entry nih sampai habis. Macam nda yakin maw publish. Moga bermanfaat.

Saya ,
Siti Khairun Nadhrah Madaile

up